Jom Kita Berselawat

40 Kata-Kata Hikmah Kejayaan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Bila sebut pasal kejayaan, semua orang teruja untuk mendapatkan kejayaan. Sejak kecil lagi ibu bapa kita sering memberi semangat untuk kita mengejar kejayaan.

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut, baik kita ketahui dahulu apa maksud kejayaan sebenarnya?
40 Kata-Kata Hikmah Kejayaan, kejayaan ,kata hikmah
Budak yang berjaya


Setelah membuat sedikit pembacaan, saya membuat kesimpulan bahawa kejayaan adalah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan oleh setiap diri kita.


Dalam erti kata yang lain, kejayaan adalah satu standard piawaian yang telah ditetapkan oleh seseorang dan dia berjaya melepasinya.

Contoh yang mudah adalah seorang yang meletakkan target untuk mendapat keuntungan dalam perniagaannya sebanyak RM50 000 pada hujung tahun ini.

Lantas dia berusaha dan berdoa untuk mendapatkan sebanyak RM 50 000 tersebut. Apabila sampai hujung tahun dia menyemak keuntungan yang diperolehi. Jika keuntungannya adalah RM 50 002, maka dia telah berjaya.

Berhubung dengan kejayaan ini, saya ingin kongsikan 40 kata-kata hikmah kejayaan dalam entri kali ini. 

Moga-moga ia dapat menjadi inspirasi yang dapat memotivasikan kita untuk terus berusaha dan berdoa bagi mencapai kejayaan.

Kata-Kata Hikmah Kejayaan

  1. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  2. Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
  3. Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  4. Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli
  5. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
  6. Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze
  7. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille
  8. Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo
  9. "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."
  10. Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger
  11. Kegagalan adalah asas kemenangan - Lao Tze
  12. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah - Lao Tze
  13. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse
  14. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad
  15. Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen
  16. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.- Confucius
  17. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
  18. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
  19. "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
  20. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
  21. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
  22. "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
  23. "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
  24. "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
  25. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
  26. "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
  27. Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin
  28. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson
  29. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
  30. "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
  31. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
  32. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
  33. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
  34. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier
  35. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
  36. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
  37. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
  38. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
  39. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
  40. "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."


21 Komentar untuk "40 Kata-Kata Hikmah Kejayaan"

banyak betul kata-kata hikmah tu...

kata2 hikmah banyak merangsang semangat. tapi, perlu juga disertai dengan usaha gigih kan bro?

salam..semua perkara ada plan yang harus kita buat kalau tak da plan sukar untuk kita capai pasa sasaran kita muhukan ;)

setuju sangat.. pada pandangan aiza, definisi kejayaan itu juga sesuatu yang subjektif.. tidak semua orang berjaya di dalam bidang yang sama.. aiza suka dengan semua kata-kata hikmah ini..

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentu kejayaan. Kejayaan pula akan menentu kebahagiaan.
suka yang nii.. terima kasih kerana berkongsi :)

setuju sangat..terima kasih menambah maklumat penting

terima kasih...ayat yang cukup menusuk jiwa....saya pun suka kejayaan.

Assalammualaikum...faizal,

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."

mselim3

pls: mselim3 suka sangat dgn kata2 hikmah nie...

Usaha yg baik ialah usaha yg diiringi dengan doa dan tawakkal kepadaNya :)

40 banyak boleh di manfaatkan. pilih mana yang serasi kita boleh jana bini kekuatan utk maju kedepan

sama kembali.sini ada motivasi bagus untuk diri saya juga

sama-sama kita berkongsi. saya juga gemar ke blog cikpuan

Kata-kata hikmah Tuan lebih hebat dan penuh hikmah untuk kejayaan dunia dan akhirat

mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua untuk bina kekuatan maju ke depan

Gagal selepas mencuba adalah kecekalan, tidak pernah melangkah adalah kegagalan.

Teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan!

Back To Top