Hari Ini Sudah Berselawat

Law Of Attraction Di Sisi Islam

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


Entah mengapa sejak balik dari kursus tempoh hari sampai hari ini, saya begitu berminat untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan Law Of Attraction.

Saya cuba cari beberapa bahan bacaan berkenaan hal ini menerusi internet dan mendapati ramai blogger-blogger yang bercerita hal ini.

Selain itu, kalau anda perasan, konsep ini cukup banyak dibincangkan oleh usahawan-usahawan dan pakar-pakar motivasi.

Law Of Attraction Di Sisi Islam, Law of Attraction, Hukum tarikan

Oleh kerana idea ini diperkenalkan oleh orang putih, satu perkara yang timbul difikiran adakah hal ini memenuhi syariat Islam?
RAHSIA MENJADI KAYA

Akhirnya saya temui sebuah buku yang membincangkan tentang Law Of Attraction. menurut pandangan Islam.

Buku yang saya maksudkan bertajuk "Quranic Law of Attraction" karangan Rusdin S.Rauf yang telah diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn.Bhd.

Law Of Attraction Di Sisi Islam


Bagi yang tidak mengenali apa itu Law Of Attraction.  hari ini saya ingin kongsikan sedikit sebanyak tentang Law Of Attraction Di Sisi Islam.

Sebenarnya beberapa buah buku yang berbicara berkenaan dengan Law Of Attraction. telah diterbitkan. Beberapa buku tersebut adalah:

  • The Secret karya Rhonda Byrne (2006) , 
  • The Law Of Attraction karya Esther Hicks (2006) 
  • The Law Of Attraction karya Michael J.Loiser (2007)
  • A Greateful: Livingt the Law of Attraction karya Beth dan Lee McChain (2007)


Law Of Attraction dalam bahawa Malayu adalah Hukum Tarikan yang menegaskan mengenai kehebatan minda sedar dan minda separa sedar.

Antara intipati buku-buku yang dinyatakan di atas adalah

Benda yang sama tertarik pada satu sama lain. 

Saudara peroleh apa yang saudara fikirkan. 

Pemikiran saudara menentukan pengalaman saudara.

Kalau baca buku-buku ini mungkin kita akan berasa takjub dengan kehebatan penemuan mereka tentang Law Of Attraction.

Sedangkah, Law Of Attraction ini bukanlah konsep yang baru. Ia telah dibincangkan dalam kitab Taurat, Injil dan agama seperti Hindu dan Teosofi.

Penjelasan yang panjang lebar telah dinyatakan dalam banyak sumber lain juga seperti buku The Prayer of Jabez karangan Bruce Wilkinson yang membincangkan Law Of Attraction berdasarkan kitab Injil.

Sebagai umat Islam, kita patut rasa bangga dan bertuah kerana menurut Rusdin S.Rauf bahawa konsep Law Of Attraction ini sememangnya telah disentuh di dalam Al-Quran dengan meluas.

Seandainya kita kaji Al-Quran dengan terperinci, ia membimbing kita memanfaatkan Law Of Attraction dengan baik dan sederhana.

Menariknya, semua orang boleh memanfaat konsep ini tanpa mengira peringkat umur, pangkat atau bangsa.

Dalam entri ini saya ingin memetik satu dalil konkrit yang membincangkan tentang Law Of Attraction secara jelas. Allah berfirman yang bermaksud:

Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. (Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8)

Mari kita selami dan hayati terjemahan ayat ini, baikan dibalas dengan kebaikan dan kejahatan dibalas dengan kejahatan.

Allah SWT menyarankan kepada kita supaya berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaik anitu kepada orang di sekitar kita. Akibatnya, orang disekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikan kepada kita.

Secara mudahnya, kalau kita buat baik Allah akan balas kebaikan kita kita. Kebaikan yang kita buat ibarat satu tenaga yang mampu menarik kebaikan kepada kita.

Sebab itu dalam Islam kita kita disuruh melakukan sebarang amal kebajikan di atas dunia ini seperti berakhlak mulia, membantu orang lain, bersedekah dan sebagainya. Semua itu akan mendatangkan kebaikan kepada kita.


Setakat itulah sedikit sebanyak tentang Law Of Attraction yang dapat saya kongsikan dalam entri kali ini.


Buku Quranic Law Of Attraction ini cukup bagus dibaca. Kepada sesiapa yang belum mendapatkan buku ini boleh beli di kedai buku atau klik di sini.

Semoga ia bermanfaat.
7 Komentar untuk "Law Of Attraction Di Sisi Islam"

singgah baca entri....bagus sekali


http://www.noormalashahar.com.my

aiza kurang faham bab ni.. kena baca buku tu baru aiza faham kot..

Assalamualaikum faizal. bagus sekali.. sheila tak pernah terlintas nak memahami maksud dan erti law dalam sisi Islam. rasanya, kalau dapat beli buku tu bolehlah timba ilmu sikit :)

saya cadangkan Sheila baca buku ini. bagus sekali

perkara yang baik seperti buku bagus di kongsikan. apa lagi bab buku saya memang amat teruju ;)

terima kasih..Insha Allah, sama-sama kita berkongsi untuk kebaikan

Back To Top